TIPS BERCUTI KE PULAU-PULAU DI MALAYSIA EDISI BARANG APA YANG PERLU DIBAWA?

TIPS BERCUTI KE PULAU-PULAU DI MALAYSIA EDISI BARANG APA YANG PERLU DIBAWA?

Entry kali ini tak kisah untuk yang memang pecinta Pulau atau tak cinta pun tak pe..atau baru blajar-blajar nak bercinta….hehe…

Ramai yang bertanyakan pada kami soalan-soalan seperti “APA YG PERLU KAMI BAWA DAN APA YANG TAK PERLU DIBAWA UNTUK BERCUTI KE PULAU?”

Ok kami nak share serba sedikit keperluan yang perlu dibawa. Yang mana anda rasakan berkaitan dengan diri dan keperluan boleh lah diguna pakai. Yang mana rasa-rasa anda tidak memerlukan jangan pula bawak. Buek borat beg jo jang.

Bercuti di Pulau memang seronok. Lagi pula di Malaysia memang terdapat begitu banyak pulau yang cantik. Contohnya Terengganu, Johor dan Sabah. Most of pulau di sana memang sesuai untuk tenangkan fikiran oleh kerana airnya yang begitu jernih sekali. Namun, percutian di pulau hendaklah di buat persiapan sebelum ke sana.

 

1. PAKAIAN YANG SESUAI

Khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun ok. Sebab turun jeti je trus kat air ya. Jalan atas pasir. Jangan pulak pakai higheels or wadges pula. Nanti susah nak jalan atas pasir. Kalau boleh bawa lebih sepasang pun takpe.
Kasut-kasut adalah tidak digalakkan sama sekali. Kene air basah; kepam dan berat.

Khas untuk Gegurl korang nak pergi pulau/pantai sibuk nak pakai high heel? Satu je nak tanya kau dah kenapa? Pergi pulau nie cara nak melawa dia bukan macam tu kak. Travel ke Pulau kita banyak berjalan. Jalan pula atas pasir lembut, atas tanah. So bermula dari kasut hinggalah baju memang perlu yang simple-simple jer. Pakai selipar/sandle bertali dan Pakaian pula yang mudah kering dan ringan. Lagi cepat kering lagi bagus.

Ini adalah cadangan pakaian yang perlu anda bawa. Sila abaikan jika anda tidak memerlukannya. 

Lelaki

Boardshort/seluar & T-shirt/shirt pendek 3 helai (1x pakai untuk mandi laut – lepas mandi terus bilas dan jemur. Esoknya boleh pakai lagi) (1x helai untuk pergi dan balik pulau) (1x untuk pakai waktu makan malam)

Wanita

Track bottom atau muslimah swimming suit, sama seperti lelaki tetapi mengikut kesusuaian pemakaian anda. Tips makan malam di pulau biasanya mereka suka memakai dress dan pakaian yang agak cantik sikit. Sebab sana ada tempat untuk bersenggang. 😆 

**Jeans tak berapa digalakkan sebab panas nanti ( bawak seluar khakis lagi selesa )

 

2. GUNA BEG JENIS BAGPACK

Pakai beg luggage yang beroda bukan masa yang sesuai untuk Percutian ke Pulau. Melainkan beg beroda anda memang jenis boleh tukar-tukar tayar besar dan berbunga ala-ala 4WD. Kalau boleh dan wujud luggage macam tu lah.

Klu tak wujud jangan bawak. Maka bawaklah Backpack untuk mudah pikul. Kadang-kadang jetty jauh sekilo bang kene pikul bag. hahah.

 

3. MINUM BANYAK AIR MINERAL

Setengah chalet/resort memang sediakan air minum yang banyak namun ada sesetengah hanya sediakan air minum panas saja untuk buat air manis. Jadi cara terbaik bawaklah stock air mineral anda sendiri. Minum banyak air.

Cuaca sekarang bila panas. Panas terik betul. Jadi elak badan hiderasi dan silap-silap anda boleh demam. Kalau boleh bawa dari darat sebab kat sana agak mahal sikit.

 

4. TOILETRIES

Sama juga seperti air. Tak semua chalet sediakan shampoo/sabun maka anda boleh bawa siap-siap. Ada setengah chalet cermin bilik air pun tak ada. So masukan sekali cermin kecik jika perlu tau.

Contoh :

Towel Mandi

Berus gigi

Ubat gigi

Pencuci Muka

Sabun Mandi

Shampoo (lps mandi air laut harus shampoo if not melekit)

Conditioner

Sikat/bedak

Pelembab bibir

Deodorant

Lotion badan

Lotion untuk hindar nyamuk/mosquito repellent

(pastikan dlm size kecil je sudahla..nnt berat pula nak berangkut beg..pegi 3 hari 2 mlm je..bukan sebulan ya 🙂

 

5. BAWA CASH YANG SECUKUPNYA

Nak cari ATM tengah pulau memang payah bang. Kalau kene pulau besar mcm Pangkor/Langkawi ok. Boleh gagah keluar naik kereta/motor sewa cari. Tapi kalau kena pulau Rawa, Redang, Perhentian, Lang Tengah mana nak nak korek? Jadi keluar lebih sikit tak apa sebagai ’emergency’ kalau jadi apa-apa.

 

6. MAKANAN RINGAN 

Bagi anda yang memang suka mengunyah, boleh bawa bekal Jajan dari rumah siap-siap kerana di kawasan pulau  harga agak. Barang-barang pun kene naik boat kan. Bukan kita je yang perlu bayar ticket boat untuk ke Pulau. Selain dari jimat duit anda juga boleh jimatkan kos makanan. Contohnya bawa roti & tuna, milo 3 in 1.

Yang mana ambil free & easy package tu boleh jimat dah. Tak payah breakfast kat kedai. Tak gitu? Makanan yang dicadangkan adalah seperti, roti, tuna tin, kaya, milo 3 in 1, kopi 3 in 1 dsb, coklat bar, air kotak, air mineral, keropok untuk kunyah serta gula gula berangin kot kot mabuk masa snorkling atau naik boat.

 

7. TUDUNG

Sekurang-kurangnya 3 helai untuk setiap ibu dan anak,  1 helai untuk aktiviti malam, 1 helai untuk balik , 1 helai untuk aktiviti air (digalakkan untuk recycle 🙂 lepas pakai , sidai dan keringkan , esok nya kalau nak main air pakai semula 🙂 . Tip: biasanya pakaian yang dipakai di laut akan mudah mereput selepas itu kerana air masin. Jadi jimatkan pakaian untuk di bawa ke laut.

 

8. SUNBLOCK

Pergi pulau nak duduk bilik? Awak bercuti di Bukit Tinggi je lah. Dah lah nak sampai ke Pulau Cantik-cantik nie setahun sekali. Kalau takut panas nak duduk bilik tak yah datang. hehe.

Pastikan cari yang 130 untuk yang nak berada di bawah matahari di kawasan pantai untuk mengelakkan sun burn! Kalau taknak pakai pun takpe. Akibatnya tanggung la sendiri.

Kulit anda mudah tergelupas, melecet, terbakar (sunburn) kalau tak pakai apa-apa protection seperti sunblock. Pergi 3 hari tapi dia punya effek boleh cecah 2 minggu tau.

 

9. BEG KALIS AIR

Setengah resort kadar security di bilik agak kurang menyenangkan. Jadi cara terbaik bawak drybag dan bawak barang-barang penting. Selain itu anda mungkin nak ambil gambar masa dalam air jadi bawa sekali siap-siap casing phone yang water proof. Ada kedai serbaneka resort yang jual juga kadang-kadang tapi ‘harga kapak’ lah macam biasa.hehe

 

10. PLASTIK UNTUK BAJU BASAH

Tips sebelum memasukkan barang didalam bagpack, sila masukkan barangan anda didalam satu plastik sampah yang besar dan tebal kemudian tutup bahagian atasnya baru masukkan kedalam bagpack. Ini bagi mengelakakn barangan didalam bag anda basah akibat tempias ombak laut atau air hujan. 

 

11. LAIN-LAIN KEPERLUAN:

  • Ubat-ubatan

    Elok sediakan untuk anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam ke…alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik..

  • Charger telefon Penting untuk di bawa! tips : bawak plug adaptor

  • Roti  Kalau nak bagi ikan makan masa snorkeling 🙂

  • Topi 

  • Telekong/ sejadah kecil

  • Jarum dan benang 

    Manalah tahu anda over lasak lompat sana sini nak bergambar sekali opsss terkoyak seluar sudaaa ke kan..

  • Lotion untuk hindar nyamuk/mosquito repellent

  • Tisu lembab/ Tisu kering

  • Sunglassess

  • Extra plastic simpan baju kotor

  • Tambahan senarai untuk yang ada baby atau toddler

    1.Pampers pakai buang

    2.Susu tepung

    3.Botol susu

    4.Pencuci dan berus botol susu

    5.Makanan bijirin bayi

    6.Thermos air panas (yang kecil pun ok)

    7.Bantal baby

ADA PLAN NAK PERGI PULAU?

Kalau ada bantu PM kami sekarang sbb kami nak bagi anda pakej percutian pulau kami yang amatlah berbaloi mengikut budget anda. Selain kami juga akan recommended resort yang bagus kalau anda ada plan nak bulan madu di pulau.

Nak call direct boleh sini : 6012-6083873

Nak Whatsapp pun boleh:👉http://madinahmuar.wasap.my

Info lanjut boleh layari:   https://www.facebook.com/TravelAgentTermurahMuar/www.pulaumalaysia.my